fbpx

Polis tahan suspek tunjuk kemaluan dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di dalam sebuah kereta di Kampung Saring, Pasir Puteh semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superitendan Rosli Mamat berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan pada pukul 3 petang tadi di sekitar kawasan Jelawat, Bachok.

Menurutnya, suspek yang bekerja dengan sebuah institut memandu diburu polis selepas menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang berusia 27 tahun semalam.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. Polis akan memohon perintah reman dari mahkamah esok,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan polis sedang menjejak seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluannya kepada pelajar wanita di dalam sebuah kereta di Kampung Saring semalam.

Kejadian dipercayai berlaku petang semalam ketika mangsa bersama suspek di dalam kereta jenis Perodua Viva selepas menghantar pelajar lain apabila selesai ujian memandu di Bachok.

Sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan telah membuka zip seluar sebelum mengeluarkan kemaluannya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI