fbpx

Kampung Lubuk Periuk dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Lubuk Periuk yang ditenggelami banjir kilat di Kampung Lubuk Periuk, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Hujan lebat selama beberapa jam bermula pukul 3 petang semalam menyebabkan sebahagian Kampung Lubuk Periuk di sini dilanda banjir kilat.

Selain laluan jalan raya, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Periuk turut digenangi air bah berikutan limpahan dari air Sungai Peneh berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung(JPKK) Lubuk Periuk, Abdul Rasek Ali berkata, banjir kilat tersebut bagaimanapun tidak melibatkan pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Banjir kilat mulai surut secara beransur-ansur mulai pada pukul 12 tengah malam tadi. Begitupun, kami penduduk (Kampung Lubuk Periuk) berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI