fbpx

Newcastle masih beri Bruce peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRUCE

NEWCASTLE – Pengendali semasa Newcastle United, Steve Bruce akan terus membimbing pasukan itu dalam pertemuan menentang Tottenham Hotspur di St. James Park malam ini.

Bruce dijangka dipecat oleh Newcastle dalam tempoh terdekat ini selepas kelab itu diambil alih oleh pemilik baharu yang diketuai oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi beberapa minggu lalu.

The Magpies kini berada di kedudukan ke-19 Liga Perdana Inggeris dan masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh aksi musim ini apabila sekadar meraih tiga mata hasil tiga keputusan seri.

Pengarah kelab berkenaan, Amanda Steveley mengesahkan mengenai perkara tersebut sekali gus menyaksikan Bruce mampu menikmati perlawanan ke-1,000 dalam kariernya sebagai pengurus pasukan.

“Kami berdepan minggu yang sangat sibuk, perlu mengenali orang yang berada dalam lapangan ini dan kami perlu lebih tenang dan realisitik dalam setiap pendekatan yang mahu diambil.

“Perubahan tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa, ia memerlukan masa dan kami perlu meletakkannya mengikut kesesuaian berdasarkan perancangan dan strategi.

“Kami telah bertemu Steve dan para pemain pada Isnin lalu. Kami berikan mereka ruang dan peluang untuk membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan yang pen­ting ini,” kata Steveley.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI