fbpx

Dua beranak terselamat dihempap dahan pokok durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang kepada Siti Khatijah, Yusuf (kiri) menunjukkan keadaan bumbung yang rosak akibat ditimpa dahan pokok durian dalam kejadian ribut pada petang semalam.

KULIM – Tindakan seorang wanita sarat mengandung mengalihkan ranting kayu yang menghalang laluan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah menyelamatkan dia dan ibunya daripada ditimpa dahan pokok durian dalam kejadian ribut di Sungai Buluh, Selama di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Siti Khatijah Ishak, 26, dan ibunya, Mashitah Saad, 68, menaiki sebuah kereta dan sudah hampir sampai di rumahnya sebelum melihat satu ranting kayu yang menghalang laluan.

Siti Khatijah kemudian turun untuk mengalihkan ranting kayu tersebut di laluan menghala rumah terletak kira-kira 10 meter.

Menurut Siti Khatijah, sebaik masuk ke dalam kereta dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang itu dia melihat sebatang dahan pokok durian yang dipercayai patah mulai condong sebelum tumbang ke atas bumbung rumah.

“Saya dan ibu terkejut dan kami tidak berani keluar dari kereta sebelum menghubungi saudara untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, dia dan ibu bernasib baik kerana terlewat sampai di rumah disebabkan ranting kayu yang menghalang laluan itu.

“Jika kami berada di dalam rumah, mungkin kami ditimpa alang kayu dan serpihan bumbung rumah akibat ditimpa dahan pokok durian yang besar itu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI