fbpx

Tubuh jawatankuasa tangani buli siber, jenayah seksual dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (tiga kanan) menyampaikan Anugerah Pingat Hang Tuan kepada Muhammad Hadif Syazwan Anas, 11, sewaktu perasmian sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan, hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu Kanak-Kanak Dalam Talian sebagai langkah keselamatan dan perlindungan supaya anak-anak tidak terjebak dengan buli siber atau jenayah seksual dalam talian.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, jawatankuasa tersebut ditubuhkan pada 15 Jun lalu dianggotai 15 ahli pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta serta badan bukan kerajaan dan aktivis sosial.

Menurutnya, ia ditubuhkan untuk membincangkan langkah-langkah advokasi dan intervensi bersesuaian lebih-lebih lagi dalam dunia digital pada hari ini, gajet menjadi teman setia anak-anak.

“Tindakan ini selaras dengan komitmen negara ke atas Artikel 34 Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu Eksploitasi Seksual yang menyatakan dengan jelas, kerajaan perlu melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk eksploitasi dan penderaan seksual.

“Dalam usaha menangani isu keselamatan dalam talian, kementerian komited untuk melaksanakan program advokasi melalui kempen membanteras jenayah seksual kanak-kanak di media sosial serta video pendek,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2021 yang bertemakan ‘Anak kita masa depan kita’.

Ujarnya lagi, ini juga merupakan pencegahan dan memberi kesedaran kepada ibu bapa, ahli keluarga serta masyarakat untuk melindungi kanak-kanak daripada pihak atau individu tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, Rina berkata, masa depan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang belum ditentusahkan kewarganegaraan juga sentiasa mendapat perhatian KPWKM. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI