fbpx

Tiada pergerakan luar biasa kenderaan di Kuala Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan yang lengang di Jalan Kampung Baharu di hadapan Pasar Raya Central Square, dekat sini hari ini.

SUNGAI PETANI – Tiada pertambahan kenderaan secara luar biasa berlaku di daerah Kuala Muda pada hari ini.

Tinjauan di Plaza Tol Sungai Petani Selatan dan Utara serta kawasan sekitarnya mendapati aliran trafik lancar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abdul Rahman berkata, aliran trafik semalam dan hari ini tidak berubah seperti aliran trafik pada setiap hujung minggu.

“Kita dapati hanya berlaku sedikit peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki daerah Kuala Muda sejak petang semalam tetapi ia tidak menjejaskan aliran trafik di daerah ini.

“Peningkatan ini bukan semata-mata kerana orang ramai pulang bercuti ke kampung tetapi turut membabitkan ahli keluarga menghantar anak-anak mereka ke beberapa buah pusat pengajian yang terdapat di daerah ini,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, pergerakan luar biasa hanya dikesan berlaku pada hari pertama kebenaran rentas negeri dengan jumlah kenderaan melebihi 25,000 buah memasuki daerah ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI