fbpx

Polis terima dua laporan antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan menerima dua laporan berhubung kumpulan antivaksin yang didakwa membuat kenyataan palsu hingga menimbulkan kegusaran awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, laporan tersebut masing-masing dilaporkan di Perak dan Putrajaya.

“Kertas siasatan di Perak sedang dilengkapkan mengikut arahan Timbalan Pendakwa Raya.

“Sementara bagi kes di Putrajaya pula masih menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini.

Abd. Jalil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan golongan antivaksin tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa kerana terdapat pelbagai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan terhadap mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sebelum ini memohon pihak berkuasa supaya menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI