fbpx
Seramai 42 pelajar Orang Asli berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti Gerik dan Raub menaiki bas di Pos Hendrop, dekat sini. /FOTO AIMUNI TUAN LAH

Orang Asli sudah ramai masuk Kolej Komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seramai 42 Orang Asli di negeri ini dan Pahang berjaya melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti pada sesi pengajian pada tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Sapiah Mohd. Nor berkata, jumlah itu sekali gus mencatatkan rekod remaja Orang Asli paling ramai yang melanjutkan pengajian di kolej berkenaan.

Menurutnya, kejayaan itu merupakan hasil kerjasama Jakoa bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dam Kementerian Pengajian Tinggi.

Ujarnya, pelajar Orang Asli yang terpilih dalam fasa pertama itu akan melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi maklumat dan fesyen bagi mengubah taraf hidup kehidupan mereka.

“Jakoa telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM297,000 sebagai biasiswa untuk membiayai pengajian pelajar terlibat selama dua tahun di kolej kumuniti itu.

“Bagi fasa kedua, Jakoa akan menaja seorang pelajar Orang Asli sebanyak RM7,000. Kita akan berusaha mengenalpasti masyarakat Orang Asli di pedalaman untuk melanjutkan pengajian terutamanya mereka yang mengalami kekangan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kolej Komuniti dan Penyampaian Biasiswa kepada 42 pelajar Orang Asli Kelantan dan Pahang di Pos Hendrop, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Profesor Ir. Robiah Yunus dan Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim.

Sementara itu, Robiah berkata, bagi sesi pengajian 2021/2022, sebanyak 353 tawaran kepada Orang Asli untuk masuk Kolej Komuniti dan Politeknik. -K! ONLINE

 

POPULAR