fbpx

Ayam kesayangan pesara guru ditelan ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa tersebut berjaya ditangkap oleh anggota APM di lokasi kejadian, semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang pesara guru terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik yang kekenyangan selepas menelan seekor ayam sabung kesayangannya di dalam reban, belakang rumah di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor di sini semalam.

Menurut Isahak Osman, 62, dia menyedari kejadian itu ketika mahu memberi makan kepada ayam tersebut yang berada di dalam salah satu daripada tiga reban miliknya kira-kira pukul 6.00 petang.

“Semasa hendak memberi makan ayam dalam reban itu, ayam sabung tidak ada pula.

“Setelah mencarinya, saya ternampak ada seekor ular sawa batik yang kekenyangan berada dalam reban itu,” katanya hari ini.

Ujarnya, dia kemudiannya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Bertam, Kepala Batas bagi mendapatkan bantuan menangkap reptilia terbabit.

“Ular sawa batik sepanjang tiga meter dan berat pula hampir 30 kilogram (kg) dapat ditangkap dalam masa kira-kira 15 minit oleh empat orang anggota APM.

“Terima kasih kepada semua anggota APM Kepala Batas yang diketuai Prebet (PA) Mohd. Syabil Mohd Shatir kerana berjaya menangkap ular tersebut,” katanya lagi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI