fbpx

Md. Nor lepas jawatan Pengerusi TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan Tabung Haji.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengerusinya Tan Sri Md. Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai berkuatkuasa hari ini (15 Oktober 2021) .

TH dalam kenyataannya berkata, sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi, Md. Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH.

“Beliau juga berjaya meletakkan TH hari ini sebagai sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, jumlah deposit pada 30 Jun 2021 ialah RM81.14 bilion iaitu tahap tertinggi sejak TH ditubuhkan 58 tahun lalu.

” Ini mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi dari pendeposit.

” Para Ahli Lembaga, Pengurusan Kanan dan semua warga kerja TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI