fbpx

Tengku Amir berkenan terima sumbangan RM420,000 untuk YIDE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah (tengah) bersama wakil agensi dan syarikat yang memberikan sumbangan kepada YIDE, hari ini.

SHAH ALAM – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima sumbangan berjumlah RM420,000 daripada lapan buah agensi dan syarikat korporat kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Istana Mestika di sini, hari ini.

Kesemua sumbangan itu adalah daripada majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Solar Alert Sdn. Bhd, Aftacop Sdn. Bhd., Alam Flora Sdn. Bhd., KDEB Waste Management, MZR Global Sdn. Bhd., Aiman Platinum Sdn. Bhd. dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd.

Pengerusi YIDE, Datuk Bakhtiar Hussin berkata, sumbangan itu bagi tujuan pembinaan kompleks asrama anak yatim di Pulau Indah selain anak-anak yatim yang terkesan akibat wabak Covid-19 dan pembelian mesin hemodialisis.

Katanya, YIDE turut menyerahkan sumbangan dana tahun ini sebanyak RM 677,000 kepada 19 buah rumah kebajikan seliaan YIDE.

“Pendemik Covid 19 yang melanda negara kita telah meragut nyawa ramai ketua keluarga dan meninggalkan anak-anak menjadi yatim dalam sekelip mata.

“Melalui perkongsian data YIDE bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Selangor seramai 1,403 orang pelajar daripada 1,020 buah keluarga di dalam Negeri Selangor yang telah menjadi yatim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Bakhtiar memberitahu, bagi meringankan beban tersebut pihaknya akan menghulurkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 setiap keluarga anak yatim kepada 549 keluarga dengan peruntukan sebanyak RM274,500.

“Manakala, bantuan persekolahan setiap anak yatim sebanyak RM200 setahun akan disumbangkan kepada 794 pelajar anak yatim dengan peruntukan sebanyak RM158,800 setahun,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI