fbpx

TDM tubuh pasukan inkuiri siasat kes anggota bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendi (depan tiga dari kiri) ketika mendengar taklimat sebelum cuba mengendalikan Tank-PT91M PENDEKAR 125mm Gun ke sasaran ketika hadir Latihan Kuasa Tembakan 2021, hari ini. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

TAMPIN – Tentera Darat Malaysia (TDM) menubuhkan pasukan inkuiri untuk mengenal pasti beberapa aspek operasi keselamatan dan tadbir urus pasukan bagi memastikan kes membabitkan kejadian amuk anggota tentera tidak berulang.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, buat masa ini pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kejadian tembak dan bunuh diri seorang anggota daripada rejimen sempadan di Sarawak.

Menurutnya, anggota berkenaan telah menembak secara rambang di rumah mentua dan dalam masa yang sama menyebabkan kecederaan kepada ibu mentuanya sebelum mengambil tindakan membunuh diri.

“Kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk menentukan sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya. Kita tidak mahu menganggu siasatan pihak polis dan akan membuat sidang khas bagi menjawab dan menerangkan kejadian berkenaan suatu masa nanti supaya tiada salah faham serta anggapan tidak tepat kepada pihak luar.

“Sedih untuk dinyatakan bahawa kejadian itu telah berlaku, saya ambil kesempatan untuk ucap takziah kepada keluarga terbabit,” katanya kepada pemberita selepas Latihan Kuasa Tembakan 2021di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Sri Muez Abd Aziz dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

Semalam, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, masalah rumah tangga menjadi punca seorang anggota tentera mengamuk dan melepaskan beberapa das tembakan sehingga mencederakan ibu mentuanya, sebelum dia menembak mati diri sendiri.

Menurutnya, suspek yang berusia 28 tahun bertindak sedemikian kerana marah ketika sedang menyelesaikan masalah rumah tangga bersama isterinya yang mana masih dalam proses penceraian. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI