fbpx

Malaysia ke suku akhir Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA perlu membuktikan keputusannya untuk bergerak secara profesional adalah satu tindakan yang tepat.

SKUAD badminton lelaki kebangsaan memastikan tempat ke pusingan suku akhir saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark selepas mencatat kemenangan bersih 5-0 ke atas Kanada awal pagi semalam.

Seperti dijangka, Malaysia bermula langkah kanan menerusi perseorangan lelaki utama, Lee Zii Jia yang menewaskan Brian Yang 21-18, 21-13 sebelum Cheam June Wei menjadikan kedudukan 2-0 apabila menang 21-14, 21-14 ke atas Jason Ho-Shue.

Kemudian, Ng Tze Yong memastikan mata ketiga buat pasukan negara selepas menewaskan B.R. Sankeerth 21-7, 21-19, sekali gus memberi keselesaan buat beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-Soh Wooi Yik untuk menewaskan Phillipe Charron-Maxime Tetreault 21-7, 21-10.

Beregu kedua, Aaron Chia-Goh Sze Fei memastikan Malaysia melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya apabila ­menghadiahkan mata kelima ­menerusi kemenangan ke atas B.R. Sankeerth-Nyl Yakura 21-14, 21-13.

“Secara jujur, perlawanan tadi (semalam) agak sukar, ter­utamanya pada set pertama ke­rana Brian (Yang) cuba mengejar kedudukan. Bagaimanapun, saya tetap tenang dan menang perlawanan tersebut.

“Pada set kedua, saya cuba bermain lebih banyak pukulan rali kerana dia buat banyak kesilapan. Bagi saya, kekuatan mental serta kemampuan untuk hadapi tekanan banyak membantu saya,” kata Zii Jia.

Dalam pada itu, dia juga berwaspada dengan corak permai­nan Brian kerana pemain tersebut pernah mengejutkan beberapa pemain ternama sebelum ini termasuk pemain No.13 dunia dari Jepun, Kanta Tsuneyama.

“Sebenarnya, tekanan agak tinggi pada perlawanan hari ini (semalam) kerana ramai menjangkakan dia (Brian) akan cipta kejutan lagi, namun saya lebih bersedia,” ujar pemenang kejohanan Seluruh England (All England) itu.

Malaysia akan membuat perhitungan dengan Jepun pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D hari ini bagi menentukan pasukan manakah yang akan menjadi juara kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI