fbpx

Datuk Rozman mengaku tidak salah guna kedudukan dapatkan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozman ketika hadir di Mahkamah sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah bagi sebuah projek tiga tahun lalu.

Rozman, 57, yang juga Ketua Whip WARISAN membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan.

Suapan itu ialah kontrak pekerjaan sebagai Operator Damaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd. yang mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (akta 694) dan  boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan  penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan dan pembelaan yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali telah bersetuju dengan jumlah ikat jamin RM100,000 diberikan kepada tertuduh.

Muhammad Rafique ketika prosiding tidak membantah dan mengesahkan dengan persetujuan jumlah ikat jamin itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI