fbpx

Polis rampas kereta rasmi kerajaan negeri daripada Norhizam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penolong SUK Ahmad Zuhri Sapian (dua dari kanan) mengambil kereta rasmi kerajaan negeri yang dirampas di IPK Melaka, hari ini.

MELAKA – Polis negeri semalam bertindak merampas sebuah kenderaan rasmi kerajaan negeri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee selepas bekas Exco itu enggan memulangkannya sejak minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Md. Ali berkata, kereta jenis Toyota Camry bewarna hitam itu dirampas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Tun Perak, kira-kira pukul 11.20 pagi, semalam.

Ujarnya, tindakan itu dilaksanakan selepas polis menerima satu laporan polis yang dibuat seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka mengenai keengganan Norhizam untuk memulangkan kenderaan terbabit.

“Susulan menerima laporan itu, pegawai dan anggota daripada JSJK IPK Melaka bertindak merampas kenderaan tersebut di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Perak, kira-kira pukul 11.20 pagi, semalam.

“Mengikut laporan dibuat, Norhizam didakwa enggan memulangkan kenderaan tersebut walaupun satu surat arahan untuk berbuat demikian telah dikeluarkan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan pada 5 Oktober lalu dan diserahkan kepada pegawai khasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di IPK di sini, hari ini.

Tambahnya, rampasan itu dilakukan selepas pihak polis mendapatkan waran geledah dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada hari sama laporan diterima bagi mengesan dan merampas barang kes.

Jelasnya, dalam pemeriksaan tersebut pihaknya turut merampas satu kad pembayaran elektronik Touch n Go dan sekeping kad minyak daripada pemandu rasmi Norhizam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sehingga kini pihaknya telah memanggil lima saksi yang merupakan kakitangan SUK Melaka bagi tujuan rakaman percakapan dan akan memanggil Norhizam dalam masa terdekat untuk mendapatkan keterangan berhubung kes tersebut.

“Pihak polis akan memanggil lebih ramai saksi untuk membantu siasatan di dalam kes ini termasuk Norhizam.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui bagaimana kereta berkenaan boleh ditempatkan di kondominum terbabit serta kaitannya dengan pemilik lot tempat kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur.

Terdahulu, Norhizam pada Jumaat lalu memaklumkan secara terbuka hanya akan memulangkan kereta rasmi dan kunci Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri DUN (Japerun) itu sekiranya semua wakil rakyat negeri ini bertindak demikian.

Beliau yang juga bekas bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan dan Pembangunan Usahawan mendakwa, secara dasarnya 28 wakil rakyat hilang kelayakan sebagai wakil rakyat atau Exco apabila kerajaan negeri dibubarkan Selasa minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI