fbpx

Penyelia asrama didenda RM8,000, penjara sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dijatuhi hukuman denda RM8,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini

IPOH – Seorang penyelia asrama sebuah sekolah agama di Bagan Datuk dijatuhi hukuman denda RM8,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah berjumlah RM5,800, empat tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Rozi Ahmad Puad, 36, juga berdepan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu diputuskan setelah Muhamad Rozi mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang merupakan penyelia asrama di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Ulum Al Syari’yyah dekat Bagan Datuk didakwa telah memperolehi untuk dirinya wang tunai berjumlah RM5,800 daripada seorang lelaki melalui kemasukkan ke akaun Maybank pada 31 Julai 2017.

Suapan tersebut sebagai upah untuk tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan di asrama berkenaan.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI