fbpx
Orang ramai menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan lelaki tersebut yang menunggang EUC di lebuh raya baru-baru ini. - Foto IHSAN PEMBACA

Lelaki tunggang EUC di lebuh raya undang kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menunggang Electric Unicycle (EUC) di lebuh raya mengundang pelbagai reaksi orang ramai baru-baru ini.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang tular di media sosial, kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Grand Saga.

Rata-rata orang ramai menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan lelaki tersebut walaupun sudah memakai topi keledar, pad pelindung siku dan lutut.

Salah seorang pengguna media sosial Facebook, @Mohd Hairee berkata, menunggang EUC di lebuh raya amat berbahaya kerana kebanyakkan kenderaan dipandu dengan laju.

“Tak penat ke berdiri macam itu lama-lama, bahaya pulak tu, highway banyak kenderaan laju-laju. Ibarat berjalan kaki tepi highway,” ujarnya.

Sementara @Don Din berkata, individu tersebut tidak sepatutnya merisikokan keselamatan diri sendiri dengan menunggang EUC di lebuh raya.

“Kenapalah merisikokan diri sendiri, bahaya tu bro, benda tu nak main kat taman bolehlah. Lebuh raya bukan tempat dia,” katanya.

Bagi @Manieraisyafrienazatul gelleymas, lelaki tersebut seharusnya menunggang EUC di tempat yang sepatutnya.

“Nak guna EUC ini tak salah tapi biar betul tempatnya. Hargailah nyawa anda,” jelasnya. – K! ONLINE.

POPULAR