fbpx

Bekas penyelaras DUN Lendu disyaki seleweng hampir RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang juga bekas penyelaras DUN Lendu diiringi pegawai SPRM di pekarangan Mahkamah Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang bekas penyelaras Pusat Khidmat Masyarat Dewan Udangan Negeri (DUN) Lendu direman selama enam hari bermula hari ini selepas dipercayai terlibat dalam membuat tuntutan palsu melaksanakan program di kawasan DUN terbabit berjumlah hampir RM100,000.

Perintah reman sehingga 18 Oktober itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka Azureen Sahira Sauffee Afandi terhadap suspek yang berusia 37 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.40 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.

Proses reman tersebut kemudian selesai pada pukul 11 pagi.

Menurut jurucakap SPRM, suspek ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam di Pejabat SPRM negeri selepas disyaki telah membuat tuntutan palsu berkaitan program-program yang dilaksanakan di kawasan DUN Lendu berjumlah keseluruhan RM97,868.

Suspek dipercayai telah mengemukakan kertas kerja kepada Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG) bagi tujuan pelaksanaan lapan program, namun aktiviti tersebut tidak pernah dilaksanakannya sepanjang Mac 2019 sehingga Februari 2020.

Pengarah SPRM Negeri, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi turut mengesahkan penahanan reman tersebut bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI