fbpx

Anak, ibu hamil serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini berkongsi foto dan status tentang dirinya yang sedang hamil dengan ibunya. - Facebook

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berkongsikan gambar yang menunjukkan dia sedang hamil secara serentak dengan ibunya, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula oleh pemilik akaun Instagram @recehskidipapap, wanita tersebut berdiri di sebelah ibunya dalam keadaan kedua-duanya memegang perut masing-masing.

“(Hamil) bersama-sama ya.

“Saya mengandungkan cucu mama, mama mengandungkan adik saya,” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Status itu kemudiannya mendapat perhatian netizen yang berkongsi pendapat dan rasa teruja mereka di ruangan komen.

“Baru lahir nanti terus bergelar ibu saudara,” tulis seorang netizen. 

Hantaran tersebut menjadi tular dan mendapat 20,000 tanda suka dan beratus-ratus komen setakat ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI