fbpx

Wujud kesalahan lain dalam kes kehilangan AS$6.94 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain berkaitan kes kehilangan wang AS$6.94 juta (RM29 juta) yang didakwa dilakukan oleh tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya dalam satu kenyataan, siasatan lanjut terhadap kesalahan-kesalahan tersebut perlu dilakukan oleh agensi penguatkuasaan berkaitan.

“Jabatan Peguam Negara telah mengkaji dan meneliti kertas siasatan berkaitan siasatan kes kehilangan wang RM29 juta yang diterima pada 28 September 2021 daripada pihak SPRM.

“Jabatan Peguam Negara mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan,” katanya hari ini.

Pada 20 September lalu, SPRM mengesahkan bahawa tiga pegawainya telah ditahan untuk membantu siasatan berkenaan dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan berkaitan urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dilaporkan pada 23 September lalu telah memanggil tiga pegawai kanan SPRM tersebut bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan.

Mengulas tentang isu berkenaan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada bulan lalu berkata, PDRM telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat berkaitan isu berkenaan.

Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah klasifikasi Kertas Enkuiri Polis.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan, kertas siasatan telah dikembalikan untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI