fbpx

Suami isteri mengaku tidak bersalah dera dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R. Kartik (kiri) dan isterinya, B. Darga Devi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mendera dua kanak-kanak antara Jun hingga September lalu.

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan kerana melakukan penderaan terhadap dua kanak-kanak lelaki yang berada di bawah jagaan mereka, antara Jun hingga September lalu.

Kedua-dua tertuduh, R. Kartik, 32, dan isteri, B. Darga Devi, 24, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pasangan suami-isteri itu bersama dua lagi individu yang telah dituduh sebelum ini didakwa mendera kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dengan memukul menggunakan rotan, pengangkut baju dan batang mop; meletakkan pisau panas ke tangan; mencucuh rokok di seluruh badan dan menghantuk kepala ke dinding sehingga mendatangkan trauma dan kecederaan.

Menerusi pertuduhan kedua pula, mereka sekali lagi bersama dua lagi individu yang telah dituduh didakwa mendera kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dengan cara sama termasuk mencucuh api rokok ke kemaluannya.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 8 malam hingga 1 pagi antara Jun hingga September lalu di Flat Selesa Jaya, Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri.

Atas pertuduhan itu, kedua-dua didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI