fbpx
Hantaran gambar pengguna di Threads oleh @urhazz berkenaan dengan anak jiran yang memecahkan cermin tingkap rumahnya, semalam.

Wanita jadi ‘singa’, anak jiran pecahkan tingkap rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita hilang sabar apabila tindakan segelintir kanak-kanak yang sengaja membaling mainan besi sehingga memecahkan cermin tingkap rumahnya, petang semalam.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh @urhazz, dia mendakwa insiden tersebut dilakukan oleh anak jirannya yang bukan pertama kalinya berlaku dan kesabarannya benar-benar telah mencecah tahap maksima.

“Petang tadi, anak jiran sengaja baling dengan mainan besi sampai pecah cermin tingkap dan saya jadi ‘singa’ lah, mencicit lari balik rumah panggil ibu bapa mereka. Belum sempat ibu bapa bersuara dah kena kaunseling dengan kami sekeluarga.

“Lepas bebel saya suruh budak-budak itu masuk bersihkan kaca-kaca yang pecah, biar belajar bertanggungjawab,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, dia tetap memantau rapi proses pembersihan tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku memandangkan serpihan kaca sangat tajam.

Tindakannya itu menarik perhatian jiran-jiran lain yang turut keluar dari rumah selepas mendengar suaranya yang cukup lantang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyokong tindakan berani wanita tersebut yang disifatkan sebagai satu pengajaran berguna buat ibu bapa yang bersikap lepas tangan.

“Bagus tindakan awak ini, saya sokong,” kata pengguna @faraaazamri.

“Pengajaran yang baik diberikan kepada anak,” kata pula pengguna @junitasafian.

“Sama lah, baran betul tengok anak orang yang perangai tak elok ini,” ujar pengguna @beyyoyona. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN