fbpx

[VIDEO] Plaza Tol Gombak masih lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini di Plaza Tol Gombak yang dilihat terkawal serta aliran trafik rendah setakat pukul 11 pagi hari ini.

GOMBAK- Plaza Tol Gombak yang menjadi pintu keluar utama warga kota menuju ke destinasi sekitar pantai timur dilaporkan masih lenggang dan terkawal setakat pukul 11 pagi hari ini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! bermula pukul 10 pagi tadi, aliran keluar trafik di plaza tol itu dilihat terkawal dan hanya beberapa kenderaan sahaja melaluinya untuk ke destinasi pantai timur.

Berdasarkan sumber, aliran trafik di plaza tol tersebut dijangka meningkat bermula Rabu ini dan ia dijangka berlarutan hingga hujung minggu ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula hari ini selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Bagaimanapun, kebenaran itu hanya dibenarkan bagi mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin sahaja selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI