fbpx

Terima kasih Pak Long Mail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media khas sebentar tadi.

PETALING JAYA- Ucapan ‘terima kasih Pak Long Mail’ dan ‘terima kasih PM’ membanjiri laman sosial terutamanya Facebook sebentar tadi setelah pengumuman rentas negeri dibenarkan.

Orang ramai rata-ratanya bersyukur dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi berkenaan kebenaran merentas negeri selepas kadar vaksinisasi dewasa telah mencecah 90 peratus hari ini.

“Pecah lebuh raya esok, Alhamdulillah terima kasih PM sebab dengar rintihan rakyat yang dah lama tak jenguk orang tua sejak PKP (perintah kawalan pergerakan) tahun lepas.

“Syukur kepada Allah dan kerajaan yang telah membenarkan dan umumkan berita terbesar hari ini,” jelas Zqure Zura.

“Terima kasih Pak Mail, esok hari jadi saya, ini hadiah yang paling besar dalam hidup saya. Walaupun dah bebas tapi SOP tetap kena jaga ya semua,” jelas Firdaus Piee.

Terdahulu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok, 11 Oktober 2021.

Ismail Sabri berkata, dengan keputusan itu rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI