fbpx
RADUCANU tersingkir daripada saingan Terbuka Indian Wells awal pagi semalam selepas tewas kepada Sasnovich. – AFP

Raducanu gagal kekalkan momentum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CALIFORNIA – Pemain tenis remaja sensasi Britain, Emma Raducanu gagal mempersembahan aksi terbaik selepas ter­singkir pada saingan Terbuka Indian Wells awal pagi semalam.

Pemain berusia 18 tahun itu yang menggegarkan arena tenis dengan meraih gelaran Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini tewas dengan straight-set 2-6, 2-4 di tangan pemain Belarus, Aliaksandra Sasnovich.

Pemain ranking 100 dunia, Sasnovich hanya memerlukan satu jam 25 minit untuk meng­atasi Raducanu sekali gus me­langkah ke pusingan ketiga dengan bergaya.

“Saya akui sangat gembira dengan kemenangan ini dan ia adalah perlawanan terbaik saya. Saya sangat seronok ketika turun menentang Raducanu.

“Saya tahu ia bukan satu tugas yang mudah bila anda berdepan dengan pemain yang telah menjuarai Grand Slam. Saya hanya berusaha dan menikmati perlawanan ini.

“Saya berikan 100 peratus pada saingan ini dan saya gembira dapat melepasinya dengan cara saya tersendiri,” kata Sasnovich sejurus tamat perlawanan.

Hasil kemenangan tersebut, Sasnovich bakal menentang Simona Halep selepas bintang tenis Romania itu mudah menewaskan pemain berusia 19 tahun dari Ukraine, Marta Kostyuk 7-6, 6-1 awal pagi semalam.

“Halep adalah pemain berpengalaman dan pasti saya akan melalui cabaran yang sukar. Apa pun, saya tetap yakin sesiapa sahaja mampu melakukan kejutan.

“Saya harap kemenangan pada hari ini dapat membantu saya untuk melakukan persiapan ketika berdepan Halep,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN