fbpx

Jumlah pelancong ke Langkawi dijangka meningkat berkali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi memotong reben sebagai gimik perasmian LGS 2021 di kereta kabel SkyCab di Teluk Burau, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Pengumuman kebenaran rentas negeri yang bermula esok dianggap sebagai satu ‘bonus’ kepada pulau peranginan ini untuk terus mencatatkan kemasukan lebih ramai pelancong selepas ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, jumlah pelancong dijangka terus meningkat apabila proses kedatangan ke Langkawi lebih mudah dan tidak perlu lagi mendapatkan kebenaran rentas negeri daripada pihak polis.

“Selepas rentas negeri dibenarkan bermaksud proses kedatangan ke Langkawi dipermudahkan, tidak perlu pergi dapatkan surat polis, tidak perlu SJR (sekatan jalan raya).

“Saya yakin jumlah pelancong seramai 3,842 sehari (purata harian kemasukan pelancong pada Oktober) akan meningkat lebih lagi dan mungkin meningkat berkali-kali ganda,” katanya selepas merasmikan program Langkawi Great Sales (LGS) 2021 di kereta kabel SkyCab di Teluk Burau di sini hari ini.

Turut hadir dalam program itu ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abd. Muttalib. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI