fbpx

Ini barulah Wany, hari itu Wana – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANY HASRITA

AWAL minggu ini, kecoh apabila ramai mempertikaikan gaya tudung yang digayakan si cantik Wany Hasrita.

Kata netizen, mereka kecewa apabila melihat tudung yang dipakai Wany semakin singkat dan tidak menutupi bahagian dada seperti sebelum ini.

Terbaharu, Wany memuat naik sekeping foto dia tampil anggun memakai tudung menutup bahagian dadanya seperti yang disuarakan oleh peminatnya.

“Okeylah. Kalau macam ini okey tak?” tulis Wany tanpa menyatakan tujuan kapsyennya itu.

Sementara, dalam ruangan komen ramai yang memberitahu hati dan mata mereka kembali sejuk melihat penampilan yang dimuat Wany itu.

“Sejuk mata memandang, seperti Wany yang dulu,” komen seorang netizen lega.

“Ini barulah Wany, hari itu Wana,” gurau seorang pengikut Instagramnya.

Akhirnya legalah hati peminat-peminat Wany ya. Tak apalah, teguran untuk kebaikan apa salahnya.

DIVA: Bila agaknya pelantun lagu Cinta Khayalan ini hendak memperkenalkan kekasih hatinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI