fbpx

Faa minat lelaki hitam manis, tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Farah

Meminati fesyen sejak kecil menjadikan Nurfarah Diyana Shaidi, 24, seorang yang yakin dengan dirinya untuk tampil bergaya mengenakan pakaian yang direka mengikut cita rasa sendiri.

Kecintaan untuk menampilkan kelainan turut membuatkan pelajar Sarjana Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini menghasilkan rekaan nya sendiri terhadap baju yang dibeli sama ada menggunakan jahitan tangan atau mesin.

Tidak sekadar suka-suka, gadis berasal dari Ipoh, Perak dan mesra dipanggil Faa ini menanam hasrat untuk mempunyai label pakaian jenamanya sendiri satu masa nanti.

Belajar menjahit menerusi YouTube dan TikTok, Nurfarah berkongsi minatnya dengan K­osmo! Ahad.

Kosmo! Ahad: Bagaimana boleh meminati fesyen?
Nurfarah: Saya memang suka bergaya sejak kecil selain tertarik melihat rekaan pereka-pereka fesyen terkenal seperti Datuk Rizalman Ibrahim dan Rizman Ruzaini.
Saya lebih gemar kepada sustainable fashion kerana trend fesyen berubah sangat cepat. Selain itu saya juga minat style vintage kerana baju itu sukar didapati dan tidak akan ada yang sama.

Kenapa tambah aksesori pakaian yang dibeli?
Saya sukakan kelainan. Setakat ini saya telah menjahit tiga pasang baju dan mengubah 15 baju dan skirt mengikut cita rasa sendiri.

Adakah anda merancang pakaian yang akan dipakai sebelum keluar bersiar-siar?
Pakaian saya perlu sesuai dengan lokasi yang dikunjungi.

Definisi cantik bagi diri anda?
Di Malaysia kalau cantik mesti kena kurus tetapi sebenarnya tidak. Kita kena yakin dengan penampilan dan jika pandai memilih pakaian untuk disesuaikan ia pasti kelihatan cantik.

Nasihat kepada mereka yang minat berfesyen tetapi malu-malu serta kurang keyakinan?
Apa yang penting kenali bentuk badan anda dahulu kemudian kenakan pakaian yang sesuai dengannya. Saya selalu menjadikan Pinterest sebagai sumber rujukan saya bila berfesyen jadi mungkin anda juga boleh cuba lihat di situ.

Perancangan masa depan?
Mahu keluarkan pakaian menggunakan label sendiri dan dikenali di pentas dunia.

Ciri lelaki idaman?
Hitam manis, tinggi dan semestinya pandai berfesyen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI