fbpx

3,120 pelajar baharu UPSI daftar esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 3,120 pelajar baharu ijazah pertama akan mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi sesi akademik 2021/2022 esok.

Kesemua pelajar baharu itu akan mengikuti pengajian dalam 48 program iaitu 33 program pendidikan manakala 15 program bukan pendidikan.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pelajar baharu yang akan mengikuti pengajian sama ada dalam program pendidikan atau bukan pendidikan, diharapkan mematuhi segala peraturan dan arahan universiti bagi memastikan perjalanan pengajian mereka lancar.

“Saya berharap semua pelajar baharu akan bersama-sama universiti mencipta kecemerlangan dan aktif menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan, atau fakulti masing-masing walaupun secara dalam talian.

“Apa yang penting, para pelajar perlu selalu berkomunikasi dengan pensyarah masing-masing menerusi pelbagai medium seperti telefon, WhatsApp, Telegram, private message atau Google Meet,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, semua pelajar baharu itu akan mendaftar secara dalam talian di beberapa fakulti antaranya Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Fakulti Sains dan Matematik, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif serta Fakulti Pembangunan Manusia.

Dalam pada itu, bagi Ketua Timbalan Pendaftar, Zarina Mohd Yaacob berkata, urusan pendaftaran turut dibantu Rakan Suai Kenal (RSK) serta ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi melancarkan perjalanan proses pendaftaran pelajar baharu.

“Seramai 1,547 pelajar lama akan mendaftar di perkarangan Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah bermula pada 16 sehingga 18 Oktober dan sesi kuliah bermula pada 18 Oktober.

“Universiti akan memastikan semua pelajar yang berada di kampus akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI