fbpx

Wanita lahir bayi pramatang dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maria Philip melahirkan bayinya di dalam pesawat dengan dibantu oleh dua doktor dan empat jururawat selain kru kabin. – Jam Press

FRANKFURT, JERMAN – Sebuah penerbangan Air India yang sedang dalam perjalanan dari London ke Kochi terpaksa membuat pendaratan cemas apabila seorang wanita melahirkan bayi pramatang di dalam pesawat, lapor akhbar The Sun semalam.

Maria Philip, yang sedang hamil tujuh bulan melahirkan bayinya hanya beberapa minit selepas pesawat berlepas pada 5 Oktober lalu selepas air ketubannya pecah.

Sejurus menyedari keadaan itu, kru kabin pesawat Air India meminta bantuan dua orang doktor dan empat jururawat yang turut berada dalam penerbangan tersebut ketika itu.

Kru kabin turut bertindak pantas dengan menukarkan pantri kepada ‘dewan bersalin’ sementara serta menyusun bantal dan pakaian bagi membantu wanita berkenaan melahirkan anak.

Pesawat tersebut kemudiannya membuat pendaratan cemas di lapangan terbang berhampiran di Frankfurt, di mana kedua-dua ibu dan bayi dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ia kemudiannya meneruskan perjalanan dan tiba di Kochi lewat enam jam dari jadual. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI