fbpx
Gambar hiasan

Helikopter TLDM mendarat cemas di Pantai Klebang, 4 kru selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlibat dalam insiden pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang, di sini, pada pukul 10.50 malam tadi.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, insiden tersebut berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menurutnya, seramai empat kru udara berada di dalam helikopter berkenaan ketika kejadian.
“Kesemua mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Semua kru berada dalam keadaan sedar dan stabil serta kini berada di bawah pemantauan pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada pukul 3 pagi tadi.

Katanya lagi, susulan kejadian itu, TLDM telah mengambil tindakan serta-merta dengan mengatur gerakan operasi salvaj bagi pesawat terlibat dan satu lembaga siasatan turut ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

Dalam pada itu, TLDM turut memohon kerjasama orang ramai agar tidak menularkan sebarang video atau rakaman kejadian bagi menjaga sensitiviti serta memastikan kelancaran proses siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI