fbpx

Maruah mana? Jangan bagi aku iklan bingai – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN selar sikap sesetengah penjual produk online yang menawarkan tugas ulasan tetapi menggunakan kandungan berunsur lucah untuk menarik perhatian pembeli dalam media sosial.

PETALING JAYA – Penyanyi Elly Mazlein berang dengan segelintir sikap peniaga online yang gemar mempromosi produk dengan menggunakan kandungan tidak senonoh, sensitif dan mengaibkan, bukan sahaja kepada produk bahkan tukang promosi produk terbabit.

Menerusi hantaran dalam IntsaStory, Elly berkata, peniaga sedemikian tidak sepatutnya mempromosi produk mereka dengan strategi keterlaluan seperti menayangkan tubuh atau berjiget-joget sehingga bergegar segala aset.

“Ini nak cakap sikit. Sakit betul hati aku. Sesiapa yang nak menjual produk, jual betul-betul.

“Pemasaran elok-eloklah sikit. Ini bagi aku video goyang-goyang buah dada. Wanita bertudung joget-joget bergegar-gegar apa benda ini?

“Maruah pergi mana? Tidak tahu malu ke? Jangan bagi aku iklan bingai macam ini ya. Malu dekat diri sendiri,” tulisnya.

Tambah pelantun lagu Usah Disimpan Bara Terpendam itu lagi, tidak salah untuk berniaga dan mencari rezeki tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Terdahulu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang kini menunggu hari untuk melahirkan anak keduanya aktif membuat ulasan produk dalam Instagramnya serta mengiklankan beberapa produk termasuklah produk kesihatan untuk wanita.

Namun, kebelakangan ini, ramai pempengaruh media sosial termasuk selebritri tanah air menggunakan Instagram sebagai platform untuk mempromosikan pelbagai produk dengan iklan yang dilihat kurang sensitif dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan tindakan pelakon Zara Zya dan Raja Afiq yang menyiarkan iklan reviu produk penjagaan kecantikan badan berbaur lucah sehingga mengundang kecaman hebat daripada netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI