fbpx

Lelaki simpan kad kuasa, peralatan milik PDRM ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Perbuatan seorang tukang cuci hotel menyimpan dokumen menyerupai kad kuasa dan pelbagai barangan kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa padah apabila dia diberkas di Kampung Klang Gate Bharu, dekat sini kelmarin.

Suspek yang berusia 40 tahun dan mempunyai dua anak berusia sembilan dan 11 tahun diberkas oleh sepasukan polis yang diketuai Ketua Balai Polis Taman Melawati pukul 7.26 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil pemeriksaan lanjut dalam simpanan telefon suspek terdapat satu dokumen yang menyerupai kad kuasa polis.

“Pemeriksaan lanjut dalam rumah suspek pula telah menemui pelbagai peralatan PDRM antaranya vest warna hijau tertera tulisan polis, satu unit lencana integriti amalan kita, seluar panjang, ‘collar badge’ polis dan sebilah pedang samurai panjang.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 19 rekod lampau sejak tahun 2000 dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah dan dadah, antaranya samun, pecah rumah dan menyamar polis.

“Suspek merupakan warga tempatan yang bekerja sebagai pembersih hotel dan semasa tangkapan suspek bersama salah seorang anak (lelaki) berada di rumah, manakala isterinya keluar bekerja,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Antara peralatan kegunaan PDRM yang dirampas daripada suspek, kelmarin.- Foto IHSAN PDRM

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Isnin ini bagi siasatan di bawah Seksyen 89 Akta Polis dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” ujarnya.

Jelas beliau, dengan penahanan suspek, polis dapat menyelesaikan empat kes jenayah iaitu satu kes di Ampang dan tiga kes lagi di Gombak. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI