fbpx

Kereta mahal, tapi tak mahu bayar tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang kini tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan tindakan seorang pemandu kereta tidak bertanggungjawab mahu mengelak membayar tol tular di media sosial sejak malam tadi.

Menerusi video berdurasi 32 saat yang dimuatnaik pengguna Twitter @jnmalaysia memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta Honda Jazz mengikut rapat kenderaan dihadapannya sebaik tiba di pondok tol di sebuah Lebuh Raya yang tidak dinyatakan lokasi.

Bagaimanapun, percubaan pemandu itu disedari oleh pemandu di hadapannya yang kemudian segera bertindak memberhentikan kereta sebaik sahaja melepasi palang tol.

Menyedari percubaannya untuk mengekori kenderaan di hadapannya itu gagal, pemandu Honda Jazz tersebut dilihat mengundurkan kenderaan dengan laju sebelum pergi ke lorong sebelah dan mengikut rapat sebuah lagi kenderaan lain bagi mengelak membayar tol.

Percubaan kedua pemandu itu berjaya sebelum pemandunya bertindak memecut laju kenderaannya meninggalkan plaza tol tersebut.

Tindakan pemandu itu mendapat kecaman orang ramai yang rata-ratanya menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah boleh menyebabkan berlaku kemalangan di dalam lorong tol.

“Pakai Honda, tapi takkan tak ada duit nak bayar tol kot? Dah tak lepas, laju betul dia undur, macam mana kalau terlanggar kereta di belakang?,” kata Chi.

“Tak faham orang yang mengelak bayar tol ni. Duit nak isi minyak ada, kereta boleh beli tapi tol tak mahu bayar,” kata Dogma.

“Benda ini memang selalu jadi, sekarang je baru panas sebab ramai dah ada dash cam dengan media sosial. Padan muka, elok viralkan mereka ini,” kata Zaqwan.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 9,000 kali. Bagaimanapun, difahamkan rakaman tersebut adalah sebuah video lama yang pernah tular pada tahun 2019 tetapi ditularkan semula di media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI