fbpx

Rentas negeri punca kes Covid-19 di Perlis meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas SJR memeriksa kenderaan yang masuk ke Perlis di SJR Kilometer 17 Simpang Empat, baru-baru ini.

KANGAR – Aktiviti rentas negeri secara haram dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan mendadak jangkitan harian Covid-19 di Perlis yang mencatatkan 200 kes baharu hari ini.

Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, aktiviti itu dipercayai dilakukan penduduk yang tinggal di Kedah.

“Aktiviti rentas negeri secara haram ini memang dikesan sebagai salah satu daripada punca peningkatan kes di Perlis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, kata beliau, kaedah kuarantin di rumah rumah bersama ahli keluarga yang merupakan kaedah kawalan kes oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) juga dipercayai menjadi punca kes meningkat.

“Ini kerana, pesakit daripada kategori satu dan dua hanya dikuarantin di rumah kerana tidak serius dan ia boleh menjangkiti ahli keluarga lain,” ujarnya.

Menurutnya, Perlis hari ini mencatatkan 200 kes jangkitan harian baharu yang mana 199 adalah penularan tempatan dan satu sahaja kes import B.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 73 peratus adalah kes daripada saringan kontak rapat dengan 65 peratus daripadanya daripada Kluster Penyayang Jejawi. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI