fbpx

79 projek perumahan swasta terbengkalai setakat September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek PR1MA di Melaka Tengah 2 yang masih terbengkalai dan sepatutnya siap pada 2023. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan sehingga 30 September lalu, sebanyak 79 projek perumahan swasta meliputi 17,724 unit rumah dikategorikan sebagai terbengkalai.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kesemua projek ini melibatkan 11,824 orang pembeli di seluruh negara.

Beliau berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan, negeri Selangor mempunyai bilangan projek terbengkalai paling banyak iaitu sebanyak 33 projek, diikuti Kelantan (12), Johor (9), Pahang (6) dan Terengganu (6).

“Mengikut analisis yang dijalankan oleh KPKT, punca kepada 79 projek perumahan yang terbengkalai adalah seperti tahap kewangan syarikat yang lemah, tidak memenuhi syarat pembangunan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri projek dan kelemahan pengurusan projek oleh syarikat.

“Selain itu, terdapat juga punca projek terbengkalai disebabkan pemaju asal tidak dapat dikesan, bantahan oleh penduduk sekitar dan masalah setinggan menyebabkan pemajuan tidak dapat diteruskan,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang bertanyakan jumlah keseluruhan projek perumahan terbengkalai mengikut pecahan negeri sehingga tahun 2021 dan apakah punca berlakunya kes sedemikian.

Bagaimanapun Reezal Merican berkata, sejak tahun 2009 hingga September lalu, KPKT telah berjaya menyelesaikan projek perumahan swasta terbengkalai sebanyak 215 projek.

Tambahnya, ia melibatkan, 59,090 unit rumah yang melibatkan seramai 39,247 orang pembeli di seluruh negara.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI