fbpx

Harimau Malaya tetap ada alternatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE bercakap sesuatu kepada skuad Harimau Malaya ketika sesi latihan menjelang aksi menentang Jordan di Stadium King Abdullah II, Aman malam ini.

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan menjadikan kekurangan pemain di posisi pertahanan tengah sebagai alasan dalam usaha meraih keputusan positif pada aksi persabahatan menentang Jordan di Stadium King Abdullah II, Amman malam ini.

Kata Cheng Hoe, ketiga-tiga tonggak pertahanan tengah seperti kapten, Aidil Zafuan Abd. Radzak, Irfan Zakaria dan Dominic Tan sudah bersedia memberi yang terbaik, selain berharap tiada kecederaan yang boleh ­menjejaskan perancangan pasukan.

“Saya percaya meskipun kami hanya ada tiga pemain di tonggak pertahanan tengah, ia bukan masalah besar kerana semua tahu pengalaman yang ada pada Aidil, kemudian dua pemain pertahanan yang tidak kurang hebatnya seperti Irfan dan Dominic.

“Jika ada situasi kecederaan atau sebagainya, kami tetap mempunyai alternatif yang mana ada beberapa pemain yang turut berkemampuan beraksi di posisi pertahanan tengah.

“Apa yang pasti, saya mahu pasukan menggunakan kesempatan bertemu pasukan seperti Jordan sebagai medan terbaik menguji kemampuan sebelum mengharungi kejohanan lebih kompetitif seperti Piala AFF Suzuki nanti,” katanya pada sidang akhbar virtual semalam.

Sementara itu, Aidil turut meluahkan keyakinan bahawa dapat membentuk gandingan ampuh tidak kira bersama Dominic atau Irfan jika diberi kepercayaan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama malam ini.

“Kita tahu Jordan merupakan pasukan yang memiliki kualiti tersendiri dan antara yang terbaik di Asia. Justeru, kami sebagai pemain pertahanan perlu berwaspada dengan sebarang kemungkinan selain elak melakukan kesilapan mudah.

“Selain itu, saya juga tidak kisah untuk digandingkan bersama Dominic atau Irfan kerana saya ada pengalaman beraksi dengan mereka dan perkara itu (kese­belasan utama) saya serahkan kepada jurulatih (Cheng Hoe).

“Mengenai prestasi peribadi, meskipun jarang diturunkan di peringkat kelab (bersama Johor Darul Ta’zim), saya tetap berada dalam keadaan bersedia untuk berikan yang terbaik buat skuad negara,” katanya.

Selepas aksi bertemu Jordan, Malaysia yang menduduki tangga ke-154 bakal bertemu Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman pada malam Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI