fbpx
CHINTYA RAMLAN

Chintya Ramlan kahwin senyap-senyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIAM-DIAM, pelakon Chintya Ramlan rupa-rupanya telah bernikah tanpa diketahui banyak pihak.

Khabar tentang pernikahan pelakon sinetron Ikatan Cinta itu terbongkar menerusi hantaran yang dikongsikan seorang kenalannya menerusi InstaStory baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan Chintya dilihat mengenakan gaun pengantin berwarna putih, manakala tangannya terhias dengan inai.

Ketika ditemu bual media hiburan tempatan, pelakon itu mengaku telah menikah dalam sebuah majlis yang dibuat secara kecil-kecilan di Aceh.

“Alhamdulillah. Benar saya sudah menikah,” katanya.

Biarpun mengakui sudah mendirikan rumah tangga, Chintya bagaimanapun enggan mendedahkan status lelaki yang telah menjadi suaminya.

POPULAR