fbpx

MOF beri taklimat RUU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan taklimat Rang Undang-Undang (RUU) Kementerian Kewangan untuk Ahli-Ahli Parlimen dari kerajaan Keluarga Malaysia Backbenchers Club (BBC), semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau berkata, taklimat itu diperlukan untuk memberi pencerahan kepada ahli-ahli Yang Berhormat dari BBC tentang beberapa perkara.

“Antaranya Kumpulan Wang Covid-19 (Pindaan) 2021 (KWC); RUU Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021; RUU Perbekalan Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020; dan RUU Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2021.

“RUU ini semua dirangka untuk mendepani cabaran semasa yang tidak menentu masa ini selari dengan agenda kerajaan Keluarga Malaysia iaitu memacu pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat kita,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak Kementerian Kewangan (MOF) berbesar hati menyambut delegasi Ahli-Ahli Parlimen diketuai oleh Pengerusi Majlis BBC, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sudi meluangkan masa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI