fbpx

Lagi 2 peratus vaksinasi untuk umum rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 88 peratus atau 20,603,249 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.4 peratus atau lebih 22,098,764 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 221,812 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 18,813 diikuti Perak (17,295), Sabah (13,559), Kedah (11,372) Pulau Pinang (6,973), Kelantan (5,812) dan Pahang (5,026).

Pada bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan akan mengumumkan kelonggaran termasuk kebenaran rentas negeri sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi.

– K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI