fbpx

Polis nafi dakwaan Klang bandar paling tidak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi

SHAH ALAM – Polis Selangor menafikan laporan sebuah laman sesawang antarabangsa yang mendakwa Klang disenaraikan sebagai bandar paling tidak selamat di Asia Tenggara.

Ketua Polis negeri, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berita bahawa Klang turut memiliki kadar keselamatan paling rendah itu disifatkan mengelirukan dan tidak benar sama sekali.

“Maklumat artikel yang diterbitkan berkaitan indeks jenayah dan indeks keselamatan itu tidak dapat dipastikan kesahihan serta sumbernya.

“Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak mengambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, statistik polis menunjukkan jenayah kekerasan di daerah itu melebihi nilai ambang sebanyak 31.76 kes atau enam peratus antara 1 Januari sehingga 30 September lalu.

“Bagi jenayah harta benda, ia berada dibawah nilai ambang iaitu 195.44 kes atau 13 peratus sepanjang tempoh sama.

“Secara keseluruhannya, daerah Klang berada di bawah nilai ambang iaitu sebanyak 163.68 kes atau lapan peratus,” ujarnya.

Sehubungan itu, Arjunaidi menasihatkan orang ramai supaya tidak gusar atau bimbang dengan laporan laman sesawang berkenaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI