PELAKON utama filem John Wick, Keanu Reeves membongkar pembaharuan untuk musim keempat filem tersebut yang berjudul John Wick Chapter 4.
Dalam pendedahan tersebut, Reeves berkata John Wick Chapter 4 akan membuka satu lembaran baharu dengan peningkatan aksi pada tahap yang lebih tinggi dan memuaskan.
“Filem John Wick Chapter 4 juga akan menampilkan ramai pendatang baharu yang akan melengkapkan lagi jalan cerita.
“Akan ada beberapa aksi dalam filem ini yang sangat menakjubkan dan karakter baharu yang menyenangkan,” ujarnya.
Selain itu, Reeves juga memberitahu filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan itu juga memaparkan dunia misteri yang lebih mendalam dengan memaparkan watak jahat lakonan pelakon seni bela terkenal, Donnie Yen.
“Penonton pasti akan tertunggu-tunggu tayangan filem ini yang menjanjikan kepuasan dan kelainan pada tahap maksimum,” jelasnya.