fbpx

Gelembung Langkawi: 149 kes positif dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 149 kes positif Covid-19 dikesan menerusi ujian RTK-Ag, setakat tempoh dua minggu pelaksanaan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi bermula 16 September sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, susulan itu, seramai 186 individu lagi telah dikesan sebagai kontak rapat kepada kes positif tersebut serta telah diasingkan dan diberi Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO).

Menurutnya, bagi pelancong yang menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum bertolak ke Pulau Langkawi pula, kesemua keputusan adalah negatif.

“Secara kumulatif dari 16 September 2021 sehingga 4 Oktober (jam 12 tengah hari) iaitu kira-kira dua minggu setelah pelaksanaan projek rintis ini, seramai 40,458 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.

“Ini melibatkan sejumlah 34,038 orang yang telah disaring di tujuh pintu masuk lapangan terbang dan 6,420 orang melalui feri di Kuala Perlis dan Kuala Kedah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi akan terus memantau perkembangan jangkitan serta akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

“Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, lebih banyak kawasan gelembung pelancongan dijangka akan dibuka bermula Oktober ini.

“KKM akan terus menjalankan kerjasama dengan MOTAC dalam menjalankan penilaian risiko bagi membolehkan lebih banyak lagi tempat pelancongan dibuka dari semasa ke semasa,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI