fbpx

Dua Orang Asli positif Covid-19 naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salina (baring) yang sarat mengandung sembilan bulan disahkan positif Covid-19 dibawa menaiki helikopter ke Hospital Gua Musang. Gambar: IHSAN JBPM

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengadakan penerbangan Medical Evacuation (Medevac) membawa seorang wanita mengandung dan warga emas Orang Asli yang positif Covid-19 di Kampung Chekrok dan Pos Simpor di sini semalam.

Bagi operasi pertama, Salina Angah, 31, yang sarat mengandung sembilan bulan hendak bersalin pada mulanya telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan oleh petugas kesihatan di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang.

Operasi kedua kedua pula melibatkan seorang lagi lelaki Orang Asli, Alug Pedik, 82, dari Kampung Chekrok yang telah disahkan positif Covid-19.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Farhan Marzuki berkata, bagi kes pertama, penerbangan terbabit menggunakan pesawat Agusta Westland 189 berlepas dari Pangkalan Subang pada pukul 11.10 pagi dan tiba di Pos Simpor pada pukul 12.10 petang.

Bagi penerbangan kedua, ia dilakukan pada pukul 1.30 petang untuk mengambil Alug pada hari yang sama.

Ujarnya, kedua-dua penerbangan mendarat di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang sebelum kedua-dua pesakit dibawa ke Hospital Gua Musang menggunakan jentera bomba.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI