fbpx

Alahan duduk rumah sendiri, Syatilla ‘pindah’ ke hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK dengan alahan sepanjang kehamilan ketiganya yang loya dan mual melihat rumah sendiri, Syatilla bawa keluarga pindah ke hotel buat sementara waktu.

PETALING JAYA – “Shaheizy Sam terpaksa hadap sebab dia yang mengandungkan saya.”

Itu antara perkongsian aktres Syatilla Melvin, 30, apabila terpaksa berpindah ke sebuah hotel di ibu negara penangan alahan teruk yang dialami, mual dan loya sepanjang berada di kediaman sendiri pada kehamilan ketiganya kini.

Menurut Syatilla menerusi sebuah entri Instagram semalam, sudah hampir dua minggu dia terpaksa melawan alahan tersebut namun akhirnya tewas dan ‘berpindah’ ke hotel tersebut.

Menerusi perkongsian tersebut, suaminya, Shaheizy sedang mengangkat sebuah kotak berisi televisyen berukuran 55 inci dan diikuti dengan dua orang anak mereka iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.

“Sanggup bawa sebuah televisyen besar dari rumah supaya tidak bosan. Kalau sudah bawa televisyen, maksudnya bukan duduk sekejap ya.

“Dua minggu berlawan dengan emosi dan diri sendiri untuk tidak keluar dari rumah. Lawan dengan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri. Tewas akhirnya,” katanya.

Berkongsi lanjut tentang alahannya, usahawan jenama kosmetik Kekasih itu merasakan hidupnya seperti tidak berkualiti kerana kondisi badan yang lemah.

Tambahnya, ini kehamilan ketiga ini merupakan pengalaman pertama dia melalui alahan yang pelik sebegitu.

“Rasa hidup tiada kualiti duduk rumah tengok perabot, hendak buat semua benda tidak menjadi dan badan lemah-longlai.

“Demi Allah SWT, ini pertama kali saya ada alahan begini. Kehamilan sebelum ini tidak merasa langsung dan siap boleh pergi penggambaran hari-hari,” ujarnya lagi.

Meskipun begitu, Syatilla tidak merasa serik kerana baginya kesihatan bayi adalah perkara nombor satu yang menjadi keutamaan ketika ini.

Malah, dia turut menitipkan kata-kata penghargaan buat suami tercinta kerana setia melayan setiap kerenah sepanjang tempoh kehamilan ketiga.

“Terima kasih suamiku yang sentiasa ada di mana-mana. Saya tidur di mana-mana pun dia ikut, ini barulah namanya kerjasama selama-lamanya! Sayang awak Shaheizy Sam,” katanya lagi.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin yang kini sedang hamil sebulan berasa loya apabila melihat rumahnya sendiri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI