fbpx

Remaja maut nahas dengan jentolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi dan jentolak itu

KLANG – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas kereta yang dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah jentolak di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 12.21 tengah hari.

Operasi disertai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan jentolak.

“Tiga individu berada di dalam kereta termasuk seorang daripadanya yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kemalangan itu mengakibatkan dua penumpang Myvi cedera ringan dan dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Pemandu jentolak terselamat. Mayat mangsa dihantar ke hospital,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI