fbpx

Lelaki maut tercampak keluar dari kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dipandu mangsa maut yang terbakar setelah terlibat kemalangan dengan dua buah lori di Kilometer 316.3, Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara di Tapah hari ini.-IHSAN PDRM

TAPAH – Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 316.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Tan Ying Ming, 54, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Innova dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan itu telah melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan buah-buahan yang menuju ke arah yang sama di lorong kiri.

“Selepas pelanggaran itu, MPV dipandu mangsa telah terbabas ke lorong kanan dan dilanggar pula oleh lori muatan ayam.

“Dalam kemalangan itu, mangsa yang tercampak keluar dari kereta mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat. Dua pemandu lori tidak cedera,” katanya.

Katanya, akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbakar pada keseluruhan bahagian manakala lori muatan ayam pula terbakar di bahagian hadapan.

“Kenderaan terlibat dalam nahas itu ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI