fbpx
SELEPAS aktiviti perkelahan, masukkan sampah dan sisa makanan ke dalam plastik dan dibawa pulang agar kawasan itu tidak tercemar.

Tip berkelah dengan tenang tanpa gangguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKTIVITI perkelahan dengan keluarga dan rakan-rakan memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi selepas terkurung dalam rumah sejak sekian lama ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pengumuman kerajaan baru-baru ini yang membenarkan mereka yang telah lengkap dua dos vaksin melakukan aktiviti riadah termasuk berkelah secara berkumpulan di negari Fasa 1 dalam Pelan Pemulihan Negara disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak.

Di sini, pada minggu ini, kolum Tip Kembara memberikan beberapa panduan agar perkelahan yang dirancang berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan mereka yang terlibat berada dalam keadaan tenang dan damai.

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

ORANG ramai menyambut baik pengumuman kerajaan membenarkan individu lengkap dua dos vaksin melakukan aktiviti riadah tanpa sentuhan dan bukan berkumpulan di negeri Fasa 1 dalam Pelan Pemulihan Negara.

Ini membuatkan ramai mengambil peluang melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan selepas berkurung di dalam rumah sejak sekian lama.

Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah berkelah di lokasi percutian seperti tepi pantai, jeram dan taman rekreasi.

Beberapa lokasi perkelahan popular terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur mula sesak dengan orang ramai.
Pastinya, berkelah merupakan salah satu aktiviti riadah yang menyeronokkan sekiranya dilakukan bersama orang tersayang.

Justeru, Horizon ingin berkongsi beberapa perkara yang harus diberikan perhatian sekiranya anda merancang untuk berkelah pada hujung minggu ini.

1. Jaga kebersihan

Sediakan plastik untuk membawa pulang sampah atau sisa makanan.

Bawa pulang sampah tersebut ke rumah atau buang ke dalam tong sampah yang disediakan di kawasan itu.

Jangan sesekali tinggalkan sampah merata-rata kerana ia akan mencacatkan panorama indah kawasan berkenaan.

Selain itu, sekiranya anda meninggalkan sisa makanan, ia dibimbangi mengundang kehadiran haiwan pembawa penyakit seperti tikus.

2. Bawa makanan

Anda tidak perlu bawa makanan yang terlalu rumit untuk disediakan ketika berkelah seperti nasi berlauk atau laksa.

Cukup sekadar roti bersalut jem, buah-buahan dan salad sambil menikmati pemandangan indah di tepi pantai atau jeram.

Makanan itu bukan sahaja mudah disediakan, malah senang dibawa.

Sekiranya anda berkelah dalam kumpulan, bahagikan tugas penyediaan makanan kepada setiap orang.

PILIH lokasi terbaik semasa berkelah bagi menjadikannya sesuatu yang diingati sepanjang masa. – GAMBAR HIASAN

3. Makanan kekal panas

Sekiranya anda ingin membawa makanan ‘berat’ seperti bihun atau nasi goreng, pastikan ia kekal panas dengan memasukkannya dalam bekas khas.

Ini kerana, menjamah hidangan ketika masih panas lebih menyelerakan.

Seandainya membawa air minuman berais, pastikan ia kekal sejuk di dalam bekas khusus. Jadi, penting untuk anda memiliki sekurang-kurang dua bekas untuk diisi air dan makanan.

4.Pemilihan lokasi

Cari lokasi perkelahan terbaik bagi memastikan keselesaan anda dan keluarga.

Banyak tempat berkelah terbaik di sekeliling kita seperti taman rekreasi, pantai dan jeram.

Sekiranya, anda ingin mengelak daripada terdedah kepada cahaya matahari, pilih lokasi yang redup terutamanya di bawah pokok.

Anda juga boleh membawa kanopi dari rumah.

SEBOLEHNYA bawa makanan yang senang disediakan seperti roti dan salad ketika menikmati keindahan alam semasa berkelah. – gambar hiasan

5.Barang keperluan

Salah satu kesilapan terbesar dilakukan ketika berkelah adalah membawa barang yang banyak dan berat.

Ia sangat tidak praktikal sekiranya lokasi perkelahan jauh dari tempat parkir.

Pilih bakul makanan bersaiz sederhana serta membawa alas tempat duduk bersesuaian.

Kedua-dua barang itu sudah memadai untuk anda berkelah dengan tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN