fbpx

Kes aktif turun bawah 170,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus mencatatkan penurunan di bawah angka 170,000 dengan 169,718 kes semalam, demikian data dipaparkan pada laman web CovidNow.

Menurut maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, jumlah tersebut melibatkan 140,598 kes dikuarantin di rumah, 18,957 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 9,185 di hospital.

“Terdapat 413 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 565 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan,” menurut data tersebut di sini hari ini.

Berhubung kes kematian Covid-19, sebanyak 208 kes dilaporkan dengan 88 kes sebenar bagi tempoh purata tujuh hari menjadikan jumlah kematian mencecah 26,143 kes.

“Terdapat 64 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) manakala, jumlah kes BID terkini sebanyak 5,232 kes.

“Kes kematian itu dilaporkan di Selangor (76), Johor (30), Pulau Pinang (30), Sabah (22), Kedah (12), Kelantan (9), Perak (8), Terengganu (7), Kuala Lumpur (4), Pahang (4), Perlis (4) dan Sarawak (2) serta tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI