fbpx

Siasatan segera insiden kekecohan tokong Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kekecohan yang berlaku di tokong itu baru-baru ini.

PETALING JAYA- Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mahu pihak berkuasa berkaitan dapat menyegerakan kes siasatan agar punca permasalahan insiden tersebut diperoleh segera.

Menurut Jalaluddin, beliau berasa sedih dah kecewa dengan insiden tercetus di luar sebuah tokong Cina di Cheras, Kuala Lumpur selepas sekumpulan penganut membawa kayu dan besi menyerang anggota polis.

“Untuk makluman, di kawasan itu terdapat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) iaitu Tai Thung dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Sungai Besi yang akan dibina.

“Kedudukan Tokong Cina Chee How pula berdekatan dua sekolah terbabit. Kehadiran ke kawasan itu bagi tujuan membina pagar penghadang ‘hoarding’ dan bukannya untuk merobohkan tokong itu,” katanya hari ini.

Jelasnya, walaupun keadaan telah berjaya diredakan, namun pihaknya memandang serius perkara itu berikutan melibatkan kekeruhan persepsi antara penganut kepercayaan dengan pihak berkuasa.

“Jadi, saya menasihati semua pihak sama ada para penganut, pihak berkuasa mahupun
netizen di media sosial agar mencari titik penyatuan agar permuafakatan ideal dapat dibentuk,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI